Friday, 2 January 2009

Pesta SEKS ...apa sudah Jadi


1 Januari 2009....KUALA LUMPUR: Seorang pelakon wanita dan seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta, ditahan bersama 24 orang dalam pesta seks dan dadah yang diadakan sempena sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi semalam. Dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah bilik yang ditempah khas di tingkat 11 hotel berkenaan, polis turut menemui sejumlah dadah pelbagai jenis seperti kokain, syabu, ketamin dan pil ecstacy serta puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan. Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berumur dalam lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan, tiga minggu lalu.Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan pesta itu dihadiri kenalan pasangan berkenaan melalui jemputan khas dalam rangkaian laman web friendster. Menurut sumber, ketika serbuan tiga pasangan didapati berada di atas katil, manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan separuh sedar. Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara berumur 21 tahun turut ditahan kerana dipercayai menjadi pembekal dadah untuk pesta itu. Aduuuuuu...........ni Kah sambutan Tahun Baru......" lu Fikir Lah sendiri", Buat yang belum terjebak jangan cuba nak buat........yang lebih hebat...nanti Keluarga yang dapat Malu Besar.....

No comments: