Tuesday, 25 December 2007

CATATAN DISEMBER 2007










pada 15-17 Disember.....saya dan beberapa staf Jabatan telah di jemput ke Perhimpunan Konvensyen Kelab Sahabat KEMAS peringkat kebangsaan di Tiara Beach Resort,Port Dickson negeri Sembilan.sebelum itu saya bermalam di KL dulu....nak ronda2 KL kejab mujur ada Ardi tempatkan..yang lain sibuk dengan Bini dan anak-anak....malas nak ganggu lah.saya pun bukan lama kat KL ni nak Enjoy sikit.Pada pukul 9.00 Pagi saya terima panggilan daripada Pengarah saya agar cepat sampai....katanya ada amanat penting nak di sampaikan oleh Tim.Ketua Pengarah KEMAS Malaysia.jadi saya pun kelam kabut lah...ambil teksi pi KL central dan Beli Tiket ke Seremban guna KTM lepas tu naik teksi Ke port Dickson Pula.....memang letih..mujur tepat pukul 2.30 petang saya sampai dan sempat dengar taklimat .duduk di barisan belakang..senang nak tido........




ni lah tempat aku lepak kejab di Seremban......dulu...nak mai sini dengan kawan.....sbulan sekali uja datang sini...sekarang banyak perubahan yang di bawa kerajaan.....jadi jangan lupa Sokong Kerajaan Sekarang dalam Pilihanraya



layan mcm VIP.....first Class juga penginapan saya kat sini....duduk seorang pula tu....apa tidaknya yg lain berkongsi dan bersesak.....hahhahaha bertuah saya hari ni dapat layanan baik.kalau ada buah hati saya kat sini lagi bagus dapat berbulan maduh dan berasmarah.........opssssss ta boleh masa ini..kena tunggu hari lain lah......sayang ku......abang akan bawa awak ke sini nanti....honey moon bersama.






Pemandangan dari pada bilik saya.....kalau tengoj ramai yang berkunjung ke sini...sesak di hujung minggu.makanan di kawasan nya memang menyelerakan...ada Udang, sotong, Ketam ,kerang dan ikan bakar....aduh sedapnya.....dapat bersantai pun seronok di tempat ni...ada pusat Hiburan, Sukan, Gym, Games,kedai runcit, kedai kaki lima, apartment dan kalau nak cerita pun tak guna....saya nak jemput rakan-rakan datang ke sini rasainya keseronoknya.



Majlis Penutupan Konvensyen KELAB Sahabat KEMAS..di Sempurnakan oleh Dato'Seri Abdul Aziz bin.Shamsuddin,Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah,Malaysia.





pada 18.12.07 saya dan rakan-rakan berentap main bowling......seoronok juga dapat main sama2 boleh hilang penat sepanjang mesyuarat diadakan pada 17-19 dis 07 ni....bayang baru pulang dari Port dickson terus metiing....dan raya pun sempat meluang masa main bowling..tahun ni raya Aidilhadha saya tak balik. cuma raya di SRI Aman aje dengan kawan-kawan .....sabahan people tak balik...ramai ooooooohhhhhh.mantap juga perjalanan aku dalam 2 minggu ni.



ni lah gaya main yg betul.............



Thursday, 6 December 2007

Aktiviti Aku....




Mari menari...senaman Poco=poco alala kampung......seronoknya.......dapat kuruskan perut..kalau selalu mcm ni...kan bagus.....lain...kali buat selalu aje kat kampung dapat juga mengeratkan hubungan silaturahim...antara masyarakat kampung dengan jabatan kerajaan.


Wednesday, 5 December 2007

RENUNGAN.....BERSAMA

Taati ALLAH SWT jiwa jadi tenang......

MEREKA yang selalu menjalankan suruhan dan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya akan terpancar pancaran keimanan pada wajahnya, malah kelihatan tenang, tenteram dan tidak ada kegelisahan di dalam diri.Sebaliknya mereka yang jarang bersujud kepada Allah akan gelisah, bercelaru, resah dan selalu menunjukkan sikap tidak puas dengan nikmat yang Allah berikan padanya.Dalam hidup ini pasti ada dua golongan seperti di atas. Alangkah manisnya jika ketenangan dan ketenteraman jiwa dapat kita miliki.Betapa pula gelisahnya kita jika kegoncangan dan kegawatan jiwa membelenggu diri. Ternyata jiwa kita selalu merindui kebenaran dan ketenangan, malah kedamaian dan kebahagiaan jiwa lebih bermakna daripada segala-galanya.Untuk mencapai ke tingkat kedamaian itu hanya iman yang dapat membimbing kita. Firman Allah bermaksud: “Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”Mereka yang inginkan ketenangan jiwa mesti mendidik jiwa terlebih dulu. Jiwa dapat dididik dengan dua cara iaitu menjauhi dosa jasmani dan dosa rohani.Untuk menjauhi dosa jasmani, hindarilah kejahatan yang terbit dari perbuatan anggota badan seperti mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.Pastikan semua anggota itu terjaga daripada perbuatan maksiat. Didiklah ia agar selalu berbuat baik kepada manusia dan beribadat kepada Allah.Untuk menjauhi dosa rohani pula dapat dilakukan dengan bersihkan diri daripada sifat tercela dan hiasi diri dengan sifat terpuji. Penyakit lidah dan penyakit hati membawa manusia kepada kebinasaan. Sifat hasad, takbur, ujub, riya, bakhil, cintakan dunia, cintakan kemasyhuran, pemarah, mengumpat, mengadu domba, berdusta dan berkata sia-sia mesti dijauhi daripada diri.Dengan sebab itu, jiwa yang tidak pernah disirami dengan roh agama akan selalu bingung dan gelisah dengan masalah yang dihadapinya.Malah lebih terdorong untuk berbuat dosa kerana cuba menyelesaikan kegelisahan yang dihadapi dengan cara sendiri.Justeru itu, ada yang mencari dadah, arak, zina, pil khayal, bunuh diri dan pelbagai penyimpangan lagi sebagai jalan keluar daripada kecelaruan diri. Akhirnya ketenangan tidak dapat dicapai hanya dosa yang semakin menimbun.Ternyata hanya dengan agama manusia dapat menggapai tenang dan bahagia. Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh agar jiwa mendapat bimbingan dan rahmat Allah.Hidup yang dibentengi agama ketika menghadapi masalah hidup, jiwa tidak gelisah dan putus asa. Bimbinglah diri dengan sebaik-baiknya serta waspada dengan diri sendiri kerana jiwa manusia mudah terpikat dengan maksiat dan dosa.Jika sudah terlanjur melanggar ketentuan Allah, segeralah bertaubat serta hapuskan dosa itu dengan perbuatan dan keperibadian yang baik.Jalinkan kembali hubungan dengan Allah yang sudah lama terputus, dambakanlah selalu bimbingan dan rahmat dari-Nya, kerana Allah memiliki rasa kasih sayang yang paling agung untuk hamba-Nya yang selalu ingat kepada-Nya. Pintu rahmat Allah selalu terbuka pada sesiapa yang merindui-Nya.

Monday, 3 December 2007

Di Hujung Minggu....


30.Nov 2007 - KEMAS bersama Media.
Saya bertolak dari sri Aman tepat jam 10.00 Pagi......Berhenti Di Masjid Kg.Melayu Balai Ringgin nak Sholat Jumaat.....( Wajib )......tau. lepas tu saya teruskan perjalanan saya ke Kuching.lepak sekejab di MJC ada kawan tunggu sana...dia kata nak jumpa saya nak ajak minum tea tarik.......dgn roti kawin.kawan baru dalam chating ni.Malam itu saya sheck inn di bilik 322 hotel liwah selama 2 malam..( seorang aje........tak ada teman )....pukul 7.30 malam kawan saya Syed Azman ( PKD Lundu ) ambil saya di hotel.....malam tu hujan....jalan pun sesak nak ke holiday inn.Malam tu......sebenarnya nak raikan rakan wartawan yang banyak bantu KEMAS dan agensi kerajaan dalam menyebarkan bahan2 maklumat kepada rakyat....mcm saya ni.....sepanjang masa masuk paper aje sebaris dengan Yg Berhormat....hehehe ( berlaga lah tu ).lepas itu kami cabut lari lah dari hotel nak clubing sikit di malam minggu..asik kerja aje.

Bersembahan kanak-kanak Tabika KEMAS.......comel n cute pula...bila
nak dapat anak ni....hehehe


Sambut Pra Krismas di Hotel Hilton......saya masa tu di Expo Fair ICT tengah tinjau barang dan peralatan Pc aku....nak bagi gempak sikit.....tapi beli MP3 aje untuk di letak dalam kereta....hehehe ramai juga manusia malam tu.......yg peliknya org cina yang ramai daripada org bumiputra......ini lah masalahnya.......mana bangsa ku......bangkitlah dari tido..

Sempat Beli 2 pasang baju.....dan underware.....( warna..tutututu) malam ke 2 saya jalan2 di parkson....nak hilang boring lah......dapat jalan mcm ni minda saya relax sikit.tengok wayang nana Tanjung 2....pelakon saiful apek.....cerita dia memang kelakar gila.........yg ini memang saya seorang aje tetapi dalam pawagam ramailah dengan pasangan masing......saya tak bawa pasangan.....tiada yg nak jadi kekasih dgn saya ni........sedihnya.......aku....tak apa lah belum ada jodoh.....kalau ada syok.


Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua warga KEMAS Negeri Sarawak......yg teristimewa untuk my staff di Sri aman dan Lubok antu.....tahun ni tak janji nak datang rumah u semua.......mungkin saya balik sabah........nak sambut raya kat sana.....mungkin lah...kalau tak jadi raya di sinilah.....selamat hari Natal untuk semua......