Sunday, 20 January 2008

Koleksi Saya...

siapa nak berkaroke datang lah rumah.....saya tak pandai menyanyi sebenarnya..tetapi ada juga cuba-cuba bakat nak masuk AF tahun.....mana tahu ada rezeki....hehehe..ni lah set karoke saya...kalau ada masa saya nanyi juga walaupun tak sedep...lagu pilihan Kumpulan Slam..gerimis Mengundang,Spring ( Sampai Hati ), Gersang ( lagu lupa ), Mega ( takdir dan waktu ), jamal ( sepi seorang perindu ), dan banyak lagi lah....lagi moden ni tak minat sangat kalau ada pun " Lelaki ini ,anuar Zain ataupun kekasih gelap ku............yg lain ok juga....


Koleksi topi yang saya simpan..setiap tahun ada aje topi Free saya dapat...tahun ni berapa lagi saya dapat...kena tunggu aje yg Free......siapa nak bagi tahu ok..banyak kat rumah pilih aje

Koleksi poster MU dalam rumah saya...kalau di ikutkan seluruh rumah sewa saya ni poster pemain bola aje..yg paling utama adalah MUFC lah...club pujaan hati....biar bergaduh di kedai kopi saya tetapi pilih MUFC....berjuangan saya dengan Clun semasa zaman cantona lagi..sudah 16 tahun saya menyokong club ni....


Manchester United ( MUFC)....adalah pasukan pilihan saya di liga EPL....saya tak akan lepaskan peluang aksi mereka di hujung minggu..kalau org lain di PUB,bowling,tengok wayang dan lepak minum tea Tarikh..saya pelik sikit..tidak akan melepaskan peluang untuk menonton perlawanan club kesayangan saya....so siapa yg minat dgn club ni reply email dlm blog ni bersokongan ok.

Pemain Pilihan saya...permainanan yg hebat...yg malah tu kaki dia...mengelirukan..musuh..kalau dia main dgn bertahanan team malaysia saya tak tahu nak cakap mcm mana...tetapi tetap sokong malaysia Team.setiap hujung minggu saya ingin melihat aksi dan cara dia menjaring goal.
Rooney---pemain yg pemanas..tetapi rajin kejar bola....bagi skuad England ni lah harapan untuk melakukan jaringan bersama Owen,tetapi malang tahun England tidak beraksi dalam Piala Europa.

Carlos Tevez- adalah pemain baru yg mewarnai kelab MUFC tahun ni....pemain ini rajin dan banyak gerakan yg dibuat menghasilkan goal..tidak rugi beli pemain ni...jom bersokongan penuh pada MU........

Ni team Chealsea....dulu memang minat giler..antara team yg saya minat di EPL,sekarang dah krang sikit,,tetapi sebagai peminat bola saya hiasi rumah dgn poster bola juga....hobi mcm nilah

Ac Milan....dalam team ni saya minat Kaka aje yg lain bole...ni hiasan dalam rumah saya...kalau datang rumah saya..memang penuh dgn poster bola sepak Dunia.


























Thursday, 10 January 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1429


CATATAN 09.01.08 ( Malam di ambang Hijrah 1429)
saya menerima panggilan daripada JKKK GDW Kg.Muhibbah untuk datang malam ni....ada program sambutan Maal Hijrah 1429 di masjid.....saya berfikir dosa saya dah banyak tahun lepas..buat itu dan buat ini......hidup tidak ada panduan......saya memujuk diri untuk mengubah diri agar pergi sholat berjemaah dan mendengar cermah.tepat pukul 6.44 masuk waktu sholat bagi kawasan sri aman dan yg sewaktu dengannya.saya masa tu jadi VIP....biasalah layanan org kampung.....selesai sholat mahgrib....kami di perdengarkan dengan cermah yg di sampaikan oleh Ust Saimi Bujang( sahabat saya di Jais )....antara topik yg saya sempat salin adalah seperti berikut..sebagai renungan bersama....pada pagi ini ada majlis di kampung dan sampai ke malam ada bacaan surah Yassin.....ambil kesempatan cuci Dosa.
"Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. "

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.