CATATAN 09.01.08 ( Malam di ambang Hijrah 1429)
saya menerima panggilan daripada JKKK GDW Kg.Muhibbah untuk datang malam ni....ada program sambutan Maal Hijrah 1429 di masjid.....saya berfikir dosa saya dah banyak tahun lepas..buat itu dan buat ini......hidup tidak ada panduan......saya memujuk diri untuk mengubah diri agar pergi sholat berjemaah dan mendengar cermah.tepat pukul 6.44 masuk waktu sholat bagi kawasan sri aman dan yg sewaktu dengannya.saya masa tu jadi VIP....biasalah layanan org kampung.....selesai sholat mahgrib....kami di perdengarkan dengan cermah yg di sampaikan oleh Ust Saimi Bujang( sahabat saya di Jais )....antara topik yg saya sempat salin adalah seperti berikut..sebagai renungan bersama....pada pagi ini ada majlis di kampung dan sampai ke malam ada bacaan surah Yassin.....ambil kesempatan cuci Dosa.
"Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. "
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.

No comments:
Post a Comment