Tahniah adik yang mendapat keputusan pmr yang baru di umumkan semalam.....Terkenang semasa jadi student dulu.........bila dapat keputusan yang baik punya....emak dan ayah mesti bangga dengan kita...jadi buat adik yang nak ambil PMR tahun ini jadikan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat terus berjaya di masakan akan mendatang.kejayaan tidak akan bergolek datang..kalau adik-adik tidak berusaha bah kata orang tua kita...usaha tangga kejayaan.....di mana ada kemahuan di situ ada jalanya.....ok Gud Luck...Wednesday, 31 December 2008
Riang Ria dapat Result PMR
Tahniah adik yang mendapat keputusan pmr yang baru di umumkan semalam.....Terkenang semasa jadi student dulu.........bila dapat keputusan yang baik punya....emak dan ayah mesti bangga dengan kita...jadi buat adik yang nak ambil PMR tahun ini jadikan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat terus berjaya di masakan akan mendatang.kejayaan tidak akan bergolek datang..kalau adik-adik tidak berusaha bah kata orang tua kita...usaha tangga kejayaan.....di mana ada kemahuan di situ ada jalanya.....ok Gud Luck...TAHUN BARU 2009
Friday, 26 December 2008
PINDAH TEMPAT KERJA
Friday, 21 November 2008
Kelam kabutnya Hidup...........
Thursday, 23 October 2008
SAYA KELIRU..........
Sunday, 14 September 2008
SELAMAT BERPUASA
Friday, 5 September 2008
Mana yang betul...ni

Wednesday, 3 September 2008
REHAL RAMADHAN
Tuesday, 2 September 2008
SELAMAT BERPUASA
Antara gelagat yang sempat saya berhatikan..peniagan senyum lebar...hari pertama dah laris...jam 4 petang dah abis juadah di jual....saya sendiri hanya beli air Tebu dan Mee aje....kasian..
Orang Kuat Bazar Ramadhan Tahun ini....di sebelah kanan tu Tuan Residen Bahagian Sri Aman En Abg Shamsudin Bin Abg Seruji,En.Zaidi Sarwaki ( Pegawai Tadbir ) dan di sebelah kiri tu ......saya lah tuan punya blog ini..........
Saturday, 30 August 2008
MERDEKA.....MERDEKA....
Detik di ambang Merdeka akan di sambut malam ini di seluruh negara......."Perpaduan Teras Perpaduan"merupakan tema Sambut kemerdekaan pada tahun ini.Tetapi masih ramai kita rakyat malaysia mengingati Detika 5o tahun yang lepas.Perjuang menjadikan Negara ini aman makmur jangan di perjudikan dengan sekelip mata.Sangup kah negara kita ini di jajah oleh Bangsa asing....semula.renungkan semula wahai bangsa Ku...jangan tidur...bangkitlah memperjuangkan negara ini agar terus makmur dan sejahtera selama-lamanya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA........
...KE 51 TAHUN
Bajet Untuk Rakyat

Assalamulaikum dan salam sejahtera.....
agaknya sudah lama tak buat coretan dalam blog "aku Lelaki Itu" bukan menghilang tetapi tak berkesempatan untuk menulis.Sejak guna Broadband ni ada peluang sikit nak mengarang seribu cerita dalam hidup saya seharian.Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak aktiviti yang saya telah laksanakan tetapi tidak di muatkan dalam blog ini.....memang ada sesalan juga lah kalau tak menulis dalam blog ini.Kalau ada kesempatan nanti saya akan selitkan gambar sebagai tatapan semua pengunjung Blog...aku Lelaki itu.Pada bulan terdapat beberapa catatan paling menarik telah berlaku di malaysia antaranya Pilihanraya di Permatang Pauh dan Bajet 2009.
Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah. Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009. Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan. Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.Membasmi kemiskinan
Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.
Kecuali bil elektrik RM20
Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.
Cukai pendapatan
Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.
Barangan pengguna
Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.
Cukai jalanCukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.
Orang Kurang Upaya (OKU)Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.
Kakitangan kerajaan
Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baruKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaanBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009. Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.
Pembangunan Koridor PertumbuhanIskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.PelanconganKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun. Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.
Pengangkutan
K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.
Kesihatan Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta. Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan. Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik. Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.
Nelayan dan petani
Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan. Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah. Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.
Wednesday, 16 July 2008
DEBAT HARGA MINYAK
PETIKAN DARIPADA MALAYSIAKINI.COM
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.Perdebatan tersebut yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.Ia bermula jam 9 malam dan berakhir selama sejam.Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di Internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV - atau di TV yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.Perdebatan tersebut bermula dengan Anwar dan Shabery, masing-masing diberi masa empat minit sebagai pembuka bicara. Ia diikuti dengan soalan dari moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga pengerusi DBP. Kemudiannya dua ahli panel yang masing-masing mewakili Shabery dan Anwar bertanya soalan kepada kedua-duanyanya. Mereka ialah Editor Siasah, Zulkifli Sulong dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi.Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat. Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar."Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.
Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut.Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya. Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat inyak tertinggi dari segi keuntungannya.Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.
Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.Anwar pula menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98. Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan.Anwar pula bertanya mengapa kerajaan memungkiri janji pilihanraya untuk tidak menaikkan harga minyak. Sebaliknya, kata beliau, kita harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak.Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.
Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF.Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.Anwar berkata, terdapat dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar kepada kerajaan tahun ini, dan mengapa tidak boleh diambil RM1 bilion untuk mengurangkan harga minyak.
Thursday, 5 June 2008
PROGRAM BAKTI SISWA ( GDW )
Ambil Gambar dulu......anak dengan bapa/ibu angkat sebelum mengadakan aktiviti lawatan ke SK.Dustan/Rh.Jhonson dan Kg Melayu Lingga.
Bersama pelajar Sk Dustan Seramai 27 Org anak murid aje...mereka tidak di lupakan dalam program ini...pelajar UNIMAS turut memberikan Motivasi kepada adik-adik ini
Aktiviti Riadah pagi...ada senaman Poco-poco.....
Tengah di ajar mcm mana nak menari ngajat Tarian Iban.....keras betul badan tu
Upacara adat "Miring" dan Sukaneka
Friday, 30 May 2008
LAWATAN KE NEGARA BRUNIE.
pada 21 Mei 2008- lawatan Ke Luar Negara.....hehehe dekat aje iaitu Negara Brunie Darul Salam,sepanjang lawatan tak sempat snap banyak gambar yang menarik...lupa bawa kamera cuma snap guna Handphone yg tak canggih ni....antara tempat yang di kunjungi antaranya Istana Sultan Hasanal Bolkiah, pusat kraftangan,Muzium,Kompleks yayasan dan Akhir sekali Kampung Air.
Pintu Masuk Ke Istana.
Masjid Tercantik di Negara Brunie ....aku singgah Kejab nak cuci Dosa yang dah banyak ni...hehehe ingat juga nak taubat.
Pusat Pembeli Belah yang terbesar lah di Negara Brunie ni.........tak sempat nak beli..mahal lah.....tengok aje lah.....awek yang terdedah pusat,nak nampak lurah wanita....paha yang putih memang tak ada...PUB or karoke kah memang tak ada langsung....Org Brunie nak lepak tempat tu terpaksa ke limbang.......n miri......
Thursday, 14 February 2008
Wahai Sahabat Ku..
Catatan 2.............

Tengah pilih Set hantar nak beri kepada pihak perempuan ni....mana satu pilihan ni..banyak sebenarnya yg menarik tapi saya suka dan tertarik dengan ini aje..cantik dan menarik untuk set hantaran nanti ....tak sabar ni
8.02.08... ketika jalan da shoping di jalan india street...letih juga putar-putar KL mi...Sempena CNY ni saya bercuti di Kuala Lumpur aje....kebetulan ada tugasan dapat tiket free kerajaan tengah Pilih Baju.......Akhirnya 2 Pasang aje beli.....mahal juga....Catatan 1 ..........
Sunday, 20 January 2008
Koleksi Saya...
siapa nak berkaroke datang lah rumah.....saya tak pandai menyanyi sebenarnya..tetapi ada juga cuba-cuba bakat nak masuk AF tahun.....mana tahu ada rezeki....hehehe..ni lah set karoke saya...kalau ada masa saya nanyi juga walaupun tak sedep...lagu pilihan Kumpulan Slam..gerimis Mengundang,Spring ( Sampai Hati ), Gersang ( lagu lupa ), Mega ( takdir dan waktu ), jamal ( sepi seorang perindu ), dan banyak lagi lah....lagi moden ni tak minat sangat kalau ada pun " Lelaki ini ,anuar Zain ataupun kekasih gelap ku............yg lain ok juga....
Koleksi topi yang saya simpan..setiap tahun ada aje topi Free saya dapat...tahun ni berapa lagi saya dapat...kena tunggu aje yg Free......siapa nak bagi tahu ok..banyak kat rumah pilih aje
Koleksi poster MU dalam rumah saya...kalau di ikutkan seluruh rumah sewa saya ni poster pemain bola aje..yg paling utama adalah MUFC lah...club pujaan hati....biar bergaduh di kedai kopi saya tetapi pilih MUFC....berjuangan saya dengan Clun semasa zaman cantona lagi..sudah 16 tahun saya menyokong club ni....
Manchester United ( MUFC)....adalah pasukan pilihan saya di liga EPL....saya tak akan lepaskan peluang aksi mereka di hujung minggu..kalau org lain di PUB,bowling,tengok wayang dan lepak minum tea Tarikh..saya pelik sikit..tidak akan melepaskan peluang untuk menonton perlawanan club kesayangan saya....so siapa yg minat dgn club ni reply email dlm blog ni bersokongan ok.
Pemain Pilihan saya...permainanan yg hebat...yg malah tu kaki dia...mengelirukan..musuh..kalau dia main dgn bertahanan team malaysia saya tak tahu nak cakap mcm mana...tetapi tetap sokong malaysia Team.setiap hujung minggu saya ingin melihat aksi dan cara dia menjaring goal.
Rooney---pemain yg pemanas..tetapi rajin kejar bola....bagi skuad England ni lah harapan untuk melakukan jaringan bersama Owen,tetapi malang tahun England tidak beraksi dalam Piala Europa.Thursday, 10 January 2008
SALAM MAAL HIJRAH 1429

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. "
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.





