Friday, 28 September 2007

Ihya Ramadhan

Semasa Majlis berbuka Puasa bersama saudara kita (mualaf ) di Punggu, Sri Aman....tetamu VIP tuan Resident Sri Aman, Tuan Pegawai Daerah, Saya Sendiri, Pegawai Jais dan beberapa ketua Jabatan yg lain turut hadir.....sebenarnya saya nak cerita sebelum saya sampai ketempat itu...dalam perjalanan kereta jabatan saya rosak tengah jalan.....alamak...tension giler....apa tidaknya waktu berbuka dan hampir..makanan tak ada...mujur ada SAO Zaidi di Pejabat Resident datang kemudian...dapatlah saya tumpang......hari ni saya kuarkan duit RM 280.00 untuk hal kereta aje....nak urus hal kewangan Pejabat Pembantu Tadbir aku tengah Kursus pula di kuching alamatnya duit aku kuar dulu.Alhamdulilah saya selamat sampai juga ketempat itu...nilah namanya cubaan.....sebelum itu pada petangnya saya ada buat penyerahan bantuan untuk ibu tunggal seramai 15 org.....disampaikan oleh Yb Hajah Simoi bte peri...





Ini lah kakitangan saya....bertungkus lumus membuat persiapan untuk penyampaian bantuan untuk persiapan hari raya.....berserta wang saku RM .........( rahsia ) memang penat kerja seharian, bulan puasa kali ini memang saya sibuk sangat berbanding dengan tahun yg sebelumnya.tapi seronok juga.......pada 27.09.07 pula saya buat program penyampaian bantuan juga di Masjid Kg.Melayu Engkilili, penerima cuma 10 org terdiri daripada ibu tunggal dan ibu yg di tinggalkan suami pun ada...kasian betul makcik tu....begini lah nasib kita yg ada kemampuan hulurkan bantuan........ringankan beban mereka.bercerita tentang hari raya....hari ni saya suruh staff saya pasangkan hiasan untuk sambut hari raya...ada yg menganyam ketupat...ada yg pasang lampu...dan juga pasang kad raya.......hehehe semangat raya juga mereka ni....tahun ni sdaya kuar duit lagi bagi mereka yg ada anak...mcm biasa tahun-tahun yg lepas ada "angpow" tahun ni nilai RM tak tahu lagi tengok budget juga........pendek ceritanya saya dapat cuti raya dari 08 okt until 22 okt.....hahahah cuti tapi pi rumah nenek....mcm biasalah,oklah kawan yg saya rindui.......nanti saya cerita lagi ok.....cukup setakat ini dulu.buat Bestfriend aku Ejay...terima kasilah "Tagged" saya dalam Web tu.....kalau u tak ajar saya buat Web ni mana saya dapat buat cerita dalam blog ini.buat Cikgu Hafsah@ stella Francis......di Sabah.....ada masa dapat jumpa nanti....rindu pula dengan cikgu.......ok lah byk cerita pula.



Ruang Menunggu Ofis aku.....dah ada suasana hari raya....


Salam Lebaran buat sahabatKu......



Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha ‘pakar’ hati orang tua

Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira........

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya............

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan...........


Bagi pihak keluarga ...saya memgucapakan selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin..buat sahabat ku......kemohon restu agar persahabatan kekal selamanya...yg jauh bertanya kabar ( SMS ) yg dekat kunjung berkunjunglah...jangan lupa saya yg jauh di mata.....salam Aidilfitri untuk semua.......balik kampung....hi balik kampung.




Wednesday, 26 September 2007

QAF6502

Siapa lah pemiliki kenderaan ini.....Jom kita kenali beliau

Nama di beri : Mohd Tahir B. Abd Rahman ( nama samaran "emak saya marah lah" ) Perkerjaan : Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman ( Kuli Masyarakat )

Tarikh Lahir Kedunia : 10 June 197* ( dah berumur dah ) Jenis kenderaan : Proton Wira 1.5 ( 2006 ) Jenis darah : AB Adik Beradik Berapa ? Anak ke 6 dari 6 org.

Makanan yg u suka apa ? Nasi kerabu ( kelantan style) @ Nasi Goreng pedas minuman : Ais Lemon Tea / Tea Tarik Mamak Makanan laut : Ketam / Udang/Ikan pari ( Sedapnya )

Perkara di benci tentang dia : kaum pembohong ( penipu/tikam belakang/pengumpat/etc perkara yg u Suka dgn dia : Jujur / bertolak ansur/sabar/romantik...hehehe: sukan : bowling/bola sepak/badminton Hobi masa Lapang : tak tetap.....( internet )

Lagu kegemaran waktu ini : Lelaki ini ( Anuar Zain )

Cinta Pertama : Di Itm ( Kini UiTM) tahun 1998...........jiwang sangat masa tu pengalaman duka : Ayah meninggal semasa umur 4 tahun / Rumah terbakar semasa saya Final Year di UiTM......Hancur lebur dan luruh jiwa tengok rumah lama...Tapi saya dah belikan rumah sementara untuk emak di kampung.....emak tak suka duduk rumah batu..

Pengalaman Manis : Berjaya dapat Kerja sebagai Pegawai KEMAS Bahagian di sarawak ni.detik bersama rakan-rakan sekelas zaman sekolah dulu.dapat mengembirakan Emak selalu....

Jangkaan masa depan : XXXXXXXXXXX ( berdoa semoga panjang umur )

Harapan : menemui sesuatu yg pasti dalam hidup ini....... cinta pada anda : terlalu luas pengertianya......biar saya terus mencari makna cinta......

nak tahu lebih dari itu.......tanya saya sendiri ok........


Tuesday, 25 September 2007

Kerja...oiiii bila nak rest ni

Bukan nak berlagak tunjuk kerja banyak.....cuma tension dgn kerja hari ni..
tapi inilah hakikat jadi kuli ........kerajaan
Cerita hari ni adalah............
25.09.07 - pagi ni saya ada mesyuarat di pejabat resident Sri Aman,tepat pukul 9.00 pagi semua dah sampai......hari ni tujuan mesyuarat untuk mengerakan jawatankuasa pertindak bencana alam......maklumlah musim sekarang tak menentu..mcm manusia juga..sekejab beriman dan sekejab jadi syaitan....tengoklah kes bunuh......kanak-kanak....tak berhati perut langsung.opsss topik dah lari ni.....tahun ni Jabatan aku ditugaskan bersama jabatan Kebajikan masyarakat untuk membantu bila berlaku bencana banjir...sediakan makanan.boring juga dengar......ZZZZZZZ mcm nak tido aje hari ni.......selesai metting pukul 11.30 tengahari....lepas tu balik pejabat......nak makan ker ????? ni bulan puasa........hahahahah tido lah apa lagi.petang pulang saya kena hadir mesyuarat Anugerah Desa Cemerlang....biasalah jadi hakim kena dengar taklimat ketua hakim pertandingan......sakit betul hari ni//////penuh dengan jadual mesyuarat aje.....penghakiman bermula 1 okt dan berakhir 05 oktober.....nasib baik buat awal.....sebab nak balik raya.......saya cuti 08 okt ni....tiket dah tempah guna warrant udara 2 tahun sekali...hehehe dapat balik guna belon...tahun lepas bawa kereta dari sri aman - ke sandakan, sabah.sakitnya hari ni.....nak sms kawan pun tak larat.....terima misscall ada lah...malas nak jawap.ok lah nak cerita banyak nanti tak ada bahan pula....esok----sok cerita lain pula.

Monday, 24 September 2007

Mesyuarat JKPA dan JKPAK KEMAS

Bersua kembali....dgn cerita yg agak lain dari sebelum ini.pada 20.09.07 sehingga 21.09.07 saya telah menghadiri mesyuarat di Bangunan Sultan Iskandar Simpang 3 kuching.perjalanan bermula pada 1.00 petang dengan menaiki kenderaan QAF6502 miliki saya.dalam perjalan cuaca agak baik cuma saya yg tidak sihat pada masa itu........pening dan gastrik pula.kebetulan ada rakan2 turut simpati dgn nasib saya pada pagi tu...bagi semua rakan2 saya ucapakan terima kasih dgn u all kerana ambil berat juga dgn saya.menginap di hotel Liwah bernombor 230 bersama seorang rakan sejawat saya dari sarikei ( org terengganu ) dan yg lain lain bilik lah.petang tu kami berbuka puasa di satok aje ramai....seronok juga dapat jumpa kawan2 sejawat ni.aktiviti malam tak ada nak rehat dan mengemaskini maklumat untuk mesyuarat esok hari.pada 21.09.07 mesyuarat di mula tepat pukul 8.30 pagi dengan di pengerusikan oleh pengarah KEMAS negeri Sarawak....biasalah ucapan aluan beliau..bnyk juga maklumat yg saya dapat dan ada yang baru juga....semangat baru.pengarah telah memilih Pejabat KEMAS Sri Aman calon bagi pertandingan hari kualiti tahun hadapan mewakili KEMAS Negeri Sarawak ke peringkat Negeri.....harap dapat lah. mesyuarat tamat pukul 6.30 petang dan terus berbuka puasa bersama di pejabat juga.ke esokan harinya mcm biasa ada taklimat audit dan Mesyuarat Jawatankuasa aset dan laporan Kewangan.saya bersama rakan sholat jumaat di masjid jamek kuching dgn menaiki kenderaan Perdana miliki kawan...saya tumpang sekaki....kereta saya awek-awek yg tak puasa nak pi makan ( Non Muslim ).selesai mesyuarat petang pula Ketua Menteri Sarawak jemput ke kerumah dia ada program kat sana sholat tarawih.......tak sangka dapat juga ke rumah CM ni.esok pagi nya bersiap nak check out....tapi saya lambat nak tunggu kawan reply sms saya.....nak jumpa kawan baru namanya ejay.....budak betong...tapi tak dapat ada masalah teknikal kot....hehehe.saya balik ke sri aman pukul 1.00 petang nak pecut 120 Km sejam ke sri aman sebab pada pukul 4.00 petang ada program rasmi saya di sana.....penat betul....ini lah namanya kerja.





Juadah Buka Puasa di Pejabat selepas Mesyuarat.....ada Extra Food juga...



Juadah berbuka puasa kari ke 2.....di satok....bersama2 dgn geng lah...lapar sgt


Pose dulu........hahah handsome ker......buat promosinya.....ni baju raya saya dan pakai awal.




Wednesday, 19 September 2007

Demam.....di bulan Ramadhan

Hari ni...saya menulis bukan kerana simpati org....tapi saya dan 2 hari di serang demam dan gastrik yg amat teruk........tapi saya teruskan juga niat puasa saya walaupun sakit.ini adalah dugaan di bulan puasa ni...semalam saya tak dapat tido semalaman...kerana menahan sakit...mcm2 ubat saya telan sudah.....tapi masih sakit juga, juadah berbuka puasa semalam saya minta staff saya belikan makanan...tapi tak abis juga tak ada selera makan.waktu sahur pun tak sempat nak sediakan apa-apa cuma makan roti dan minum ubat untuk bekalan esok hari.pagi ni saya lewat datang opis.....tak larat nak bangun.tepat pukul 9.30 pagi saya mandi dan kemas pakaian nak kuching pula petang ni.esok ada meting di bangunan sultan iskandar tingkat 6, ini lah bab saya tak juga metting lama sangat.petang ini saya drive sendiri kereta ke kuching....mujurlah kawan2 dan sampai di penginapan yg di tanggung sendiri...petang nak berbuka puasa dgn kawan yang dah lama tak jumpa..masing sibuk dengan tugasan di daerah masing-masing.setakat ini aje hari ni...esok-esok sambung lagi.....selamat beramal....

Monday, 17 September 2007

Warna-Warni Ramadhan

Suasana utama bazar ramadhan bersebelahan dengan sungai batang lupar....
pengunjung akan di sajikan dgn kejadian alam semulajadi iaitu "Benak" or tidal bore
setiap hari aje kejadian unik berlaku....sila berkunjung ke Sri Aman...


Juadah berbuka puasa hari ke 4 Ramadhan
tak abis makan pun........nafsu aje besar




Wajah-wajah peniaga dgn pakaian yg serasi.....nak menang
pertandingan gerai terbersi tahun ni......ada peluang ni...


suasana bazar ramadhan Sri Aman yg lebih kurang hebatnya di tempat lain..
pengunjung di sajikan dgn lagu-lagu hiburan
serta pelbagai pertandingan dan hadiah daripada penganjur

Lihat....lah mcm mana nak habiskan semua ni.......
tak larat nak tengok mcm-mcm ada ...pening nak pilih


ni salah satu gerai member i..dia jual ayam percik,ikan terubuk bakar
dan hasil jualan mengalakan stok habis setiap hari....
kalau singgah ke sri aman jgn lupa beli ayam percik









































Saturday, 15 September 2007

Kau atau aku

Kau Atau Aku

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua
Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan
Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku kepadamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali Masih menanti siapa mula dulu
Tawa-tawaku
Memulanya dulu
Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering
Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucapan yang ku cinta kepadamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali Masih menanti siapa mulakan dulu
Kita
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Kau atau aku
Memulakan dulu
Kau atau aku
Memulakan dulu

Friday, 14 September 2007

Majlis Perasmian Bazar

Lawatan ke Gerai......dan penyerahan Apron


Majlis Penyerahan Cenderhati kepada YB
daripada Tuan Resident Sri Aman

Hari Pertama Puasa.....

Hari pertama puasa......semua nak ke bazar ramadhan.mcm biasa di Sri Aman bazar yg julung2 kalinya berwajah baru telah di penuhi oleh masyarakat berbagai agama ,bangsa dan kaum membanjiri kawasan bazar.....sesuatu yg mengejutkan bila peniaga rata-ratanya senyum lebar dan gembira, apa tidaknya sebelum pukul 5 petang,hasil jualan sudah abis.........mcm kami ni kakitangan kerajaan atau pun swasta tidak dapat menikmati juadah berbuka puasa serta lauk pauk juga habis.......saya dan rakan tersenyum aje. hari ni saya hanya dapat beli mee,apam balik serta kurma aje.mcm biasa berbuka puasa seorang aje....bujang katakan......

Thursday, 13 September 2007

Perasmian Bazar Ramadhan

Hari ini berlangsungnya majlis perasmian bazar ramadhan...ini adalah program yang saya pernah buat sepanjang bertugas sebagai pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman.terlalu memberi tekanan dalam menjayakan program ini.perasmian di sempurnakan Oleh Yb Hajah Simoi bt Peri, ADUN N23 Lingga.suasana amat meriah dgn kedatangan masyarakat setempat.saya agak terkilan apa bila wakil pengarah KEMAS yg sepatutnya hadir tapi memberi jawapan yg tidak menyenangkan hati saya..mujurlah ada en.sale kabe yg mengantikan tempat.saya amat kecewa dgn sikap yg ditunjukan.saya berterima kasih kepada semua terlibat dalam menjayakan program ini.....harapan saya semoga ia dapat memberi impak kepada bandar Sri Aman
akhir kata selamat menyambut bulan ramadhan....kepada semua umat islam

Tuesday, 11 September 2007

LELAKI INI................

Lelaki ini...adalah wadah penyampai isi hati saya....untuk tatapan semua rakan2.saya akan cuma akan berkongsi dengan semua rakan.bahan yang saya terbitkan ini adalah benar dan bukan rekaan semata-mata.tiada kaitan dgn hidup atau pun yg telah meninggal dunia.semoga ini menjadi bahan untuk tatapan semua ......selamat melayari blog yg tidak sehebat mana pun ini....