Tuesday, 25 December 2007

CATATAN DISEMBER 2007










pada 15-17 Disember.....saya dan beberapa staf Jabatan telah di jemput ke Perhimpunan Konvensyen Kelab Sahabat KEMAS peringkat kebangsaan di Tiara Beach Resort,Port Dickson negeri Sembilan.sebelum itu saya bermalam di KL dulu....nak ronda2 KL kejab mujur ada Ardi tempatkan..yang lain sibuk dengan Bini dan anak-anak....malas nak ganggu lah.saya pun bukan lama kat KL ni nak Enjoy sikit.Pada pukul 9.00 Pagi saya terima panggilan daripada Pengarah saya agar cepat sampai....katanya ada amanat penting nak di sampaikan oleh Tim.Ketua Pengarah KEMAS Malaysia.jadi saya pun kelam kabut lah...ambil teksi pi KL central dan Beli Tiket ke Seremban guna KTM lepas tu naik teksi Ke port Dickson Pula.....memang letih..mujur tepat pukul 2.30 petang saya sampai dan sempat dengar taklimat .duduk di barisan belakang..senang nak tido........




ni lah tempat aku lepak kejab di Seremban......dulu...nak mai sini dengan kawan.....sbulan sekali uja datang sini...sekarang banyak perubahan yang di bawa kerajaan.....jadi jangan lupa Sokong Kerajaan Sekarang dalam Pilihanraya



layan mcm VIP.....first Class juga penginapan saya kat sini....duduk seorang pula tu....apa tidaknya yg lain berkongsi dan bersesak.....hahhahaha bertuah saya hari ni dapat layanan baik.kalau ada buah hati saya kat sini lagi bagus dapat berbulan maduh dan berasmarah.........opssssss ta boleh masa ini..kena tunggu hari lain lah......sayang ku......abang akan bawa awak ke sini nanti....honey moon bersama.






Pemandangan dari pada bilik saya.....kalau tengoj ramai yang berkunjung ke sini...sesak di hujung minggu.makanan di kawasan nya memang menyelerakan...ada Udang, sotong, Ketam ,kerang dan ikan bakar....aduh sedapnya.....dapat bersantai pun seronok di tempat ni...ada pusat Hiburan, Sukan, Gym, Games,kedai runcit, kedai kaki lima, apartment dan kalau nak cerita pun tak guna....saya nak jemput rakan-rakan datang ke sini rasainya keseronoknya.



Majlis Penutupan Konvensyen KELAB Sahabat KEMAS..di Sempurnakan oleh Dato'Seri Abdul Aziz bin.Shamsuddin,Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah,Malaysia.





pada 18.12.07 saya dan rakan-rakan berentap main bowling......seoronok juga dapat main sama2 boleh hilang penat sepanjang mesyuarat diadakan pada 17-19 dis 07 ni....bayang baru pulang dari Port dickson terus metiing....dan raya pun sempat meluang masa main bowling..tahun ni raya Aidilhadha saya tak balik. cuma raya di SRI Aman aje dengan kawan-kawan .....sabahan people tak balik...ramai ooooooohhhhhh.mantap juga perjalanan aku dalam 2 minggu ni.



ni lah gaya main yg betul.............



Thursday, 6 December 2007

Aktiviti Aku....




Mari menari...senaman Poco=poco alala kampung......seronoknya.......dapat kuruskan perut..kalau selalu mcm ni...kan bagus.....lain...kali buat selalu aje kat kampung dapat juga mengeratkan hubungan silaturahim...antara masyarakat kampung dengan jabatan kerajaan.


Wednesday, 5 December 2007

RENUNGAN.....BERSAMA

Taati ALLAH SWT jiwa jadi tenang......

MEREKA yang selalu menjalankan suruhan dan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya akan terpancar pancaran keimanan pada wajahnya, malah kelihatan tenang, tenteram dan tidak ada kegelisahan di dalam diri.Sebaliknya mereka yang jarang bersujud kepada Allah akan gelisah, bercelaru, resah dan selalu menunjukkan sikap tidak puas dengan nikmat yang Allah berikan padanya.Dalam hidup ini pasti ada dua golongan seperti di atas. Alangkah manisnya jika ketenangan dan ketenteraman jiwa dapat kita miliki.Betapa pula gelisahnya kita jika kegoncangan dan kegawatan jiwa membelenggu diri. Ternyata jiwa kita selalu merindui kebenaran dan ketenangan, malah kedamaian dan kebahagiaan jiwa lebih bermakna daripada segala-galanya.Untuk mencapai ke tingkat kedamaian itu hanya iman yang dapat membimbing kita. Firman Allah bermaksud: “Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”Mereka yang inginkan ketenangan jiwa mesti mendidik jiwa terlebih dulu. Jiwa dapat dididik dengan dua cara iaitu menjauhi dosa jasmani dan dosa rohani.Untuk menjauhi dosa jasmani, hindarilah kejahatan yang terbit dari perbuatan anggota badan seperti mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.Pastikan semua anggota itu terjaga daripada perbuatan maksiat. Didiklah ia agar selalu berbuat baik kepada manusia dan beribadat kepada Allah.Untuk menjauhi dosa rohani pula dapat dilakukan dengan bersihkan diri daripada sifat tercela dan hiasi diri dengan sifat terpuji. Penyakit lidah dan penyakit hati membawa manusia kepada kebinasaan. Sifat hasad, takbur, ujub, riya, bakhil, cintakan dunia, cintakan kemasyhuran, pemarah, mengumpat, mengadu domba, berdusta dan berkata sia-sia mesti dijauhi daripada diri.Dengan sebab itu, jiwa yang tidak pernah disirami dengan roh agama akan selalu bingung dan gelisah dengan masalah yang dihadapinya.Malah lebih terdorong untuk berbuat dosa kerana cuba menyelesaikan kegelisahan yang dihadapi dengan cara sendiri.Justeru itu, ada yang mencari dadah, arak, zina, pil khayal, bunuh diri dan pelbagai penyimpangan lagi sebagai jalan keluar daripada kecelaruan diri. Akhirnya ketenangan tidak dapat dicapai hanya dosa yang semakin menimbun.Ternyata hanya dengan agama manusia dapat menggapai tenang dan bahagia. Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh agar jiwa mendapat bimbingan dan rahmat Allah.Hidup yang dibentengi agama ketika menghadapi masalah hidup, jiwa tidak gelisah dan putus asa. Bimbinglah diri dengan sebaik-baiknya serta waspada dengan diri sendiri kerana jiwa manusia mudah terpikat dengan maksiat dan dosa.Jika sudah terlanjur melanggar ketentuan Allah, segeralah bertaubat serta hapuskan dosa itu dengan perbuatan dan keperibadian yang baik.Jalinkan kembali hubungan dengan Allah yang sudah lama terputus, dambakanlah selalu bimbingan dan rahmat dari-Nya, kerana Allah memiliki rasa kasih sayang yang paling agung untuk hamba-Nya yang selalu ingat kepada-Nya. Pintu rahmat Allah selalu terbuka pada sesiapa yang merindui-Nya.

Monday, 3 December 2007

Di Hujung Minggu....


30.Nov 2007 - KEMAS bersama Media.
Saya bertolak dari sri Aman tepat jam 10.00 Pagi......Berhenti Di Masjid Kg.Melayu Balai Ringgin nak Sholat Jumaat.....( Wajib )......tau. lepas tu saya teruskan perjalanan saya ke Kuching.lepak sekejab di MJC ada kawan tunggu sana...dia kata nak jumpa saya nak ajak minum tea tarik.......dgn roti kawin.kawan baru dalam chating ni.Malam itu saya sheck inn di bilik 322 hotel liwah selama 2 malam..( seorang aje........tak ada teman )....pukul 7.30 malam kawan saya Syed Azman ( PKD Lundu ) ambil saya di hotel.....malam tu hujan....jalan pun sesak nak ke holiday inn.Malam tu......sebenarnya nak raikan rakan wartawan yang banyak bantu KEMAS dan agensi kerajaan dalam menyebarkan bahan2 maklumat kepada rakyat....mcm saya ni.....sepanjang masa masuk paper aje sebaris dengan Yg Berhormat....hehehe ( berlaga lah tu ).lepas itu kami cabut lari lah dari hotel nak clubing sikit di malam minggu..asik kerja aje.

Bersembahan kanak-kanak Tabika KEMAS.......comel n cute pula...bila
nak dapat anak ni....hehehe


Sambut Pra Krismas di Hotel Hilton......saya masa tu di Expo Fair ICT tengah tinjau barang dan peralatan Pc aku....nak bagi gempak sikit.....tapi beli MP3 aje untuk di letak dalam kereta....hehehe ramai juga manusia malam tu.......yg peliknya org cina yang ramai daripada org bumiputra......ini lah masalahnya.......mana bangsa ku......bangkitlah dari tido..

Sempat Beli 2 pasang baju.....dan underware.....( warna..tutututu) malam ke 2 saya jalan2 di parkson....nak hilang boring lah......dapat jalan mcm ni minda saya relax sikit.tengok wayang nana Tanjung 2....pelakon saiful apek.....cerita dia memang kelakar gila.........yg ini memang saya seorang aje tetapi dalam pawagam ramailah dengan pasangan masing......saya tak bawa pasangan.....tiada yg nak jadi kekasih dgn saya ni........sedihnya.......aku....tak apa lah belum ada jodoh.....kalau ada syok.


Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua warga KEMAS Negeri Sarawak......yg teristimewa untuk my staff di Sri aman dan Lubok antu.....tahun ni tak janji nak datang rumah u semua.......mungkin saya balik sabah........nak sambut raya kat sana.....mungkin lah...kalau tak jadi raya di sinilah.....selamat hari Natal untuk semua......

Monday, 26 November 2007

Kursus Orientasi Penyelia Baru

Hujan lebat di sepanjang jalan serian- kuching, memang bawa kereta hati2 tak boleh laju.sampai aje di kuching hujan memang tak turun.......saya memandu sambil dengar HOTFM.....dengan lagu Lelaki ini....oleh anuar Zain.......memang feel masa tu....ingat siapa agaknya.......


Khusyuknya...tapi dalam hati nak menyumpah.......

Ketika Dengar Amanat Pengarah............

19- 23 Kursus Orientasi Penyelia-penyelia Baru......bertempat di East Valley Camp serian...seramai 70 org yang hadir dalam kursus orientasi.aktiviti yang berlaku sepanjang kursus adalah ceramah dan aktiviti latihan dalam kumpulan/riadah dan paling menarik adalah Kembara " Masuk Hutan ".......kasian mereka.tido tak cukup malah banyak pula aktiviti.sepanjang kursus saya adalah Fisilitator kepada mereka. 5 Hari di luar tak tahu apa jadi di pejabat......biasanya kalau saya tinggalkan mcm-mcm yang menunggu saya nanti.



Muka Kepenatan....seharian tunggu budak-budak tu ke check point saya ni......di check point mereka akan meniti jambatan buluh.......merendam air sungai.....merangak mcm itik.....dan buat pengusung daripada buluh untuk bawa pesakit....memang teruk.....hahhahahahah tapi saya terpaksa turun naik------tengokm mereka...takut sesat dalam hutan. tamat aktiviti pukul 4.00 petang.........memang teruk budak-budak tu.....ini baru permulaan banyak lagi dugaan yang sebenarnya mendatang dalam alam pekerjaan.




Broadband Digi.........


18.November 2007 ------- saya pergi ke Kuching ada Orientasi Penyelia-penyelia baru.sebelum nak pergi KEM east Valley Serian saya lepak one Night di Kuching.Petang tu saya pi medan pelita nak register Broadband Digi.....Kawan ada cadangkan nama tempat tu..jadi saya pun pergilah seorang diri.setelah selesai buat pendaftraan saya cuba di Bilik hotel....memang puas hati juga lah...........dapat juga dapat siapkan kerja online dalam internet.nak antar laporan pun cepat dan tak perlu tunggu di pejabat.Malam tu saya tido lewat maklumlah unlimited saya syok abislah...chating sepanjang malam....mcm2 cerita dalam chating tu....nak tahu kah....tutututututut....talian putus.tidak lah saya chat dgn kawan di sabah dah lama tak dengar cerita kawan di sabah dan di shah Alam tu.....dapat chating sampai apgi pun tak kisah.....
malam tu.....ada kawan2 dah kawin.....dapat anak......bertunang.,......tapi saya......single lagi.......teruna/virgin ( hehehe betul ker ni ). biasalah lepas tamat belajar hari tu semua line tak clear dok hal masing2. malam tu juga dapat kawan baru.....walaupun tak dapat bersua muka....kalau jumpa pun saya ni tak ada duit nak belanja makan.....hehehe dan saya ni memalu orangnya.tetapi..........malangnya semasa saya balik ke sri aman........Broadband tak dapat di guna di rumah saya di Sri jaya Park....memang sedih sangat...........mcm tak percaya aje......kalau mcm ni baik tak perlu beli....sedihnya........teramat.

Saturday, 10 November 2007

Konvensyen Pengurusan Rekod


4.11.07 ..... Hari saya bertolak ke Kuala Lumpur nak menghadiri Konvensyen Pengurusan Rekod " Rekod asas akuantibiliti dan Integriti " di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC).tepat pukul 6.30 Petang saya Sampai Ke KLIA dgn selamat...saya terus dapatkan Tiket ERL ke KL Sentral.Sampai aje ke KL sentral cari teksi pula nak cari Hotel di sekitar KL.....cari punya cari..hotel semua Penuh...apa tidaknya Perwakilan UMNO dah Booking semua.....mujurlah ada kosong sat bilik dengan Kadar RM 150.00 di Presscot Hotel di Jalan Medan Tunku...malas nak cari masa tu....badan pun penat.....nak rehat dulu.pukul 9.00 kawan-kawan call pula nak ajak minum,saya walau pun penat layan aje bukan selalu jumpa kawan di KL ni....lepak sampai pagi.....balik hotel terus tido.

Pose dulu sebelum nak Lepak dgn member.....muka penat...

Hari Pertama Konvensyen:
saya menaiki bas yang di sediakan oleh penganjur ke putrajaya yg mengambil masa 1 jam nak sampai ke PICC....perut saya lapar tak sarapan pagi masa itu.....turun aje di perkarangan PICC saya aabuat pendaftaraan lepas tu..tak tahan sangat laparnya...saya pun apa lagi layan lah makanan yang ada.Pagi itu majlis perasamian oleh Y.Bhg Tan.Sri Mohed Sidek Hj Hassan,Ketua Setiausaha Negara...dan diteruskan dengan pembentangan Kertas kerja oleh penceramah jemputan.....masa tu saya memang nak tido..oleh kerana ramai berpangkat dato' saya layan aje dan jadi pendengar yang setia.pada sebelah petang sesi bersambung dgn pembentangan juga sehinggalah pukul 5.00 petang.

Pada sebelah malam saya sempat Ke PWTC, sebab masa itu ada perwakilan UMNO disitu..ramai juga lah manusia..sampaikan tak dapat nak bergerak bebas...sesak dgn perwakilan.dalam saya jalan-jalan dapat juga beli buah tangan untuk Emak dan Kakak saya yang minat dengan Tudung " Datuk K " jadi saya pun belilah 7 pasang.
Tudung Jenis yg di minat oleh kaum wanita sekarang "Tudung Datuk K"


Potret Pak Lah...saya sempat juga snap..ketika jalan2 di perkarang PWTC.

Malam..maji muda...bandar KL tidak akan sunyi ada aje agenda yg berlaku sama agenda anak muda,org tua dan pelbagai lagi.perniaga masih lagi gigih untuk berdagang.inilah peluang untuk mendapatkan untung yg lebih.saya balik ke hotel naik teksi...

Hari terakhir di PICC.......mcm biasa pembentangan kertas kerja.sampai kepetang.saya sempat juga ambik gambar pemandangan indah di putrajaya..memang cantik..saya selalu juga datang tetapi tidak sempat nak ambil gambar..


Pemandangan dari atas PICC



Majlis penutupan telah di sempurnakan oleh Y.bhg Dato'Ab.Khalil Ab.Hamid,Tim Ketua Pengarah JPA ( Pembangunan )....saya dan rakan dari sarawak balik juga malam itu ke Kuching....flight pukul 8.50 Mlm..mcm biasa naik ERl dari Putrajaya ke KLIA dgn kadar tambang 6.20 sahaja.sampai aje ke KLIA beli barang dulu apa yg patut.sampai ke kuching tepat pukul10.30 malam....kawan dah tungggu depan pintu,sebab kereta saya di tolong jagakan.....saya lepak di Hotel Liwah mcm biasa penginapan rasmi saya di Kuching.malam tu tak buat apa...malas nak lepak penat sangat terus tido...pagi itu saya lewat bangun dan terus sarapan kat bawa hotel...dan terus ke SrI Aman..nak kerja masa sebab ada program makan malam dengan my staff.esok ada rumah terbuka Jabatan saya.sambutan rumah terbuka cukup meriah dan diluar jangkaan ramai ketua jabatan datang,ketua kaum dan sahabat andai yg datang..saya minta maaf dengan rakan di Kuching sik dapat jemput .....sebab budget tak cukup tahun ni......terima kasih kepada semua yang datang..tahun hadapan kalau ada rezeki saya buat untuk kawan2 kenalan saya......


KEK Hari Raya sempena Ramah Tamah Jabtan Saya di Sri Aman Pada 8.11.07


Friday, 9 November 2007

KEJAMNYA....DIA

Luahan Hati kepada seseorang yang menipu saya.

benarlah kata orang cinta itu...menyakitkan.....kalau tidak ada kesabaran dalam diri sudah buat perkara yang di luar kawalan diri.saya nak berkongsi dengan rakan dan sabahat saya dalam blog ini...saya adalah mangsa cinta dan penipuan cinta.saya mengenali dirinya dalam halaman Web ........tutut saya tertarik dengan budibahasanya...sopan santun....ke jelitanya.....dan segalanya.kami tidak pernah berjumpa cuma SMS dan saya Call dia.Saya tidak terfikir hal-hal yang lain tentang dirinya....bagi saya dia orang alim.....sholat tak pernah tinggal.....jadi saya beranggapan si Dia..memang baik....tetapi sebenarnya....tipu.....orngnya bertopeng aje alim tetapi dirinya menipu......pembohong...tidak ada gunanya kalau pandai jaga sholat tapi hati adalah penipu dan pembohong.menyakit hati orang memang mudah nak sembuhkannya dengan perkataan maaf sukar...kadang-kadang saya mula bencikan wanita...saya lebih suka berkawan dengan lelaki aje bagi saya mereka adalah sahabat saya.....ramai wanita mengatakan lelaki adalah menyebab perpisahan....( lagi anuar Zain ) tetapi sebenarnya Lelaki ini.....( Lagu Anuar Zain ) adalah setia dan tidak semua lelaki macam itu.Saya mula sangsi apabila SMS saya tidak berbalas......mcm-mcm alasan dia buat tak ada kreditlah..terlupa lah..weak battery..dan mcm-mcm lah.Mungkin si Dia ini tidak pernah bercinta...dengan lelaki .....jadi mungkin pengalaman di disakit juga tidak pernah....saya bercaya tuhan itu maha adil....saya tidak berdendam..tepai agak terkilan dengan sikapnya yang "penipu".kalau dah ada kekasih buat apalah lagi nak selindung2..tak cukupkah lelaki tu..nak pasang pula....dasar tak tahu malu.saya call pada 8.11.07 saya agak hairan org lain yg jawap....antarnya ayat SMS

014..... siapa ni..salah nombor kot ?
019( saya )...mana mungkin salah nilah number saya guna selama ni berhubung dgn awak
(bayang perasaan saya masa itu memang hairan dengan ayat dia mcm tu )
014...... Awak cari siapa ni
019(saya )..saya cari......tuutuutut............kenapa awak yg jawap apa hubungan u dengan dia
014.... awak ni tak faham kah kalaulah number dia saya pegang maknya dia tu kekasih saya.....faham-faham ajelah
019...terima kasilah..jaga sikit kekasih awak tu..jangan pandai membohong dan menipu org..

talian ditamatkan disitu aje.

saya memang frust giler.....nak menangis pun ada..tetapi buat mcm mana dah mcm tu kejadianya...terimalah...kawan saya ada ingatkan dia tu bukan seorang aje hidup di dunia ada banyak lah kat luar tu ........pembakar semangat.....saya mendoakan si pembohong bahagia dengan kekasinya.................saya nak teruskan hidup sebagai seorang lelaki ini......buat selamanya......tiada yg menjadi titik penamat.....hidup perlu teruskan....lelaki ini akan melayari hidup mcm biasa..di sarawak ni banyak kawan yang menyokonng saya.......jangan ingat u ingat saya lemah tetapi sebenarnya lelaki ini....kuat ......mantap.....
selamat tinggal yang bernama.....H ........buat selamanya.

Hari Raya Di Kampung.

Ketika dapat duit Raya.........................

Syukur Alhamdulilah kepada Yg Maha Esa.....denganya dapat kita merayakan Aidilfitri yang penuh maknya.tiada kata yang paling indah di lafazkan melainkan "Alhamdulilah".Hari pertama saya memang orang yang menjadi tumpuan keluarga.....perkara pertama mereka tanya dah ada calon Bini kah.......jiwa memang berkocak....tak tahu nak cakap apa.Setiap tahun benda yang sama akan di tanya....kadang2 sakit juga nak tanggung.Walau Bagaimanapun saya juga mereka nanti nak dapat Duit Raya.....biasalah duit untuk anak-anak buah saya yang makin ramai tu...tahun ni saya dapat beri seperti nilai tahun lepas juga.....mereka memang gembira seronok saya tengok gelagat anak-anak buah saya ni.Bagi Saya hari raya ni bukan untuk saya lagi tetapi untuk kanak-kanak.dapat mengembirkan mereka walaupun saya memang saya berdukacita.
hari pertama biasanya untuk keluarga aje yang datang....kami ni adalah perantau keluarga semua jauh...cuma yang ada makcik aje dan makcik saudarayang terdekat aje.


Hari Raya Kedua... Saya dan geng buat Giliran untuk raya pula....apa tidaknya dah ada jemputan dari kawan......mcm-mcm ugut diterima lah..kadang-kadang lucu juga kalau tidak pergi nanti merajuk pula dan terlepas pula makanan yang enak-enak.sebenarnya pada raya Ke2 ini saya sibuk juga tolong uruskan perkhawinan anak Ketua Menteri Sabah....banyak jemputan kenamaan akan datang termasuk TYT/Pak Lah/Datuk Najib/Menteri Pusat dan Menteri Sabah..so sandakan memang meriah kerana majlis perkhawinan anak Ketua menteri.saya bertugas bahagian sambutan tolong kawan aje........sambil-sambil itu nak melobi jadi calon Ketua Pemuda UMNO..hehehe itu pun kalau dapat.hari ini 3 rumah saya pergi tak larat..nak bawah makanan yang banyak sangat..yang lucu semasa di rumah sakit perut pula.

hari Ke3

Pukul 6.00 Pagi sudah bertolak ke kampung nak ziarah Kubur Ayah........sebenarnya kubur ayah jauh dari tempat tinggal sekarang...nak kesana kena guna bot untuk kesana...tempat itu adalah tempat kelahiran saya..oleh kerana nak berubahan hidup saya dan keluarga berhijrah ke bandar Sandakan..masa itu kaya dengan kayu balak....jadi kakak dan abang saya kerja di kilang..ok juga gaji masa itu lumayan.sampai aje di kampung pada pukul 12.00 tengahari mengunakan jalan baru ke kampung saya di daerah Pitas.saya gembira dapat jumpa nenek saya..walaupun uzur tetapi daia memang amat sayangkan saya..dia lah yg jaga saya dulu..makan minum kesekolah masa itu umur saya 7 tahun.kebetulan pada masa ada majlis kawin saudara saya..meria juga kampung......sampai ke pagi majlis...tetapi saya sibuk berkunjung kerumah saudara mara kat sana...kalau sehari tak cukup....kami tak lama kat kampung cuma 2 hari aje....sebab ada yang nak sambung kerja pula di sandakan.so kami pendekan masa tetapi seronok beraya di kampung asal.
Gambar ketika nak ke kubur ayah.....ada jambatan gantung.....memang cantik kampung saya ni

Hari raya seterusnya.....

saya menghadiri majlis bertunang rakan saya...meria juga suasana....kawan saya dah 4 kali gagal bercinta akhirnya bertemu juga buah hati yang cukup manis dan bersopan santu.kalau saya pula bila lagi ni......hehehe telan air liur aje.....keluarga aje nak suruh cepat aje.......tetapi sebenarnya .......................... malas nak komen.biarlah Rahsia.


Majlis pertunangan kawan rapat saya Si Fauzie .



Selepas itu saya pergi ke rumah bekas Classmate saya si Haslina atau dengan nama Manjanya saya panggil "Nang",dia terkejut dengan saya bukan kata saya handsome...tetapi dah berisi dulu memang kacak..antar jejak pilihan ramai semasa belajar di universiti dulu...ramai yang cair juga dengan saya...hehehe itu kisah dulu..sekarang duduk sarawak ni dah berubah kehidupan sosialnya.saya tak lama di rumah Si Nang nak bergegas ke rumah kawan lain....sebab esoknya nak balik kuching ada kursus pula.....selamat tinggal kenangan hari Raya tahun..banyak yang tersirat berlaku.....hidup ni kadang-kadang kita lupa ia hanya pinjaman....tiada orang tidak pernah melakukan DOSA....hanya kita mampu mohon ke ampunan dari yang maha Esa.Amin







Monday, 8 October 2007

Lambaian balik Kampung

6.10.07 - Assalamualiakum hari ni saya masuk opis kejab( 8.00 pagi )...nak siapakan kerja yg belum selesai...........2 jam kemudian saya pergi cari kawan yg masih stay di sri aman ni...tinggalkan pesan antaranya,rumah sewa saya di lot 304 no 11 taman sri jaya park tu.....maklumlah musim perayaan mcm-mcm boleh jadi.saya juga sempat beri duit raya dgn anak-anak staf saya dan jiran sebelah rumah saya...walaupun RM10.00 dah memadai untuk budak-budak tu dapat duit raya awal dari saya.saya terima call dari Kak Maimunah( staf saya ) suruh ambil kuih raya yg nak di bawa balik ke sabah..banyak juga kek dan kuih raya saya dapat...setiap tahun memang mcm ini.sebagai balasan duit raya untuk anak dia ada juga.pada sebelah petang saya ke kuching dengan drive kereta sendiri,sampai di kuching tepat pukul 5.30 petang mujurlah adik angkat saya ada masa itu,belum balik kampung kalau tak tak ada teman buka puasa petang.....kawan di kuching ni bukan tak ada...ramai...tetapi mereka sibuk dengan jadual masing-masing jadi malas nak ganggu mereka...mcm my Bestfriend Ejay, abg Raya.Abg Sale,Vincent ,izan,syuib,en.zairuddin ( My Boss),Syed Azman dan banyak lagi lah.tetapi semuanya memang sibuk dengan keluarga masaing dan rakan-rakan mereka.tapi adik angkat ada temankan,untuk sahur saya dgn adik pi Restaurant Sabila di Wisma Pelita aje malas nak pandu jauh.lepas sahur saya hantar adik pulang ke batu Kawa sebab esok adik nak ke balik kampung di batang sadong dengan kakak.
7.10.07- saya bangun pukul 10.00 pagi ..biasalah tido di hotel memang tenang tak ada org ganggu...dua malam saya lepak di hotel liwah..itu memang tempat rasmi saya bermalam....pekerja di situ memang dah tahu nama saya..sebut nama saya memang mereka kenal terutama kakak di kaunter tu.selepas aje mandi saya bersiap nak jalan2 di satok,hopoh,sarawak Plaza dan crown Plaza......jalan-jalan seorang diri tanpa berteman....biasalah tiada yg teristimewa di sisi.penat juga jalan-jalan mcm nak buka puasa aje masa tu...dugaan.tepat pukul 4.00 petang my Big Boss call kata nak serah tiket kapal terbang,my boss ni memang baik..dengan org bawahan mcm kawan -kawan aje tidak tengok pada pangkat dan darjat. ketika buka puasa saya di temankan oleh kawan saya di sri Aman bos kedai komputer...dia nak buka puasa sama-sama dengan saya......yg peliknya mamat ni bangsa Cina.....lucu juga tengok ketika buka puasa...saya harap di masuk Islam....waktu malam pula saya terima call dari abg Juhin bekas Penyelia Kanan KEMAS Mambong....kebetulan terserempak jadi di ajak makan di satok.....memang murah rezeki saya hari ni.waktu sahur saya seorang aje di kedai dekat Masjid Jamek...ramai juga yg melayan makanan malam...saya contact Ejay malam tu tetapi dia kata nak joint jadi saya tunggulah....30 minit saya tunggu tapi tak datang....mungkin dia tengah mimpi terima sms saya pagi tu.hahahaha mimpi tapi dapat balas SMS saya pula.
8.10.07 - saya hantar kereta ke BDC rumah kawan.dia yg jaga ketika saya tak ada...rindu juga dgn kereta tu......tak apa saya akan balik ke Kuching pada 21.10.07 flight kota kinabalu- kuching 19.45 malam.hari ni saya sampai di sabah..........rindu dgn tempat sendiri...buat rakan di sarawak selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Wednesday, 3 October 2007

Kebakaran....


Hati siapa tidak hiba...bila rumah terbakar sekelip mata aje.....lebih-lebih lagi hari raya menjelang tiba.lokasi kejadian di Kampung Hulu Sri Aman berdekatan dengan Surau,pada masa itu saya baru selesai sunat tarawi di masjid Lama Sri Aman di kg Tengah Sri Aman semalam,waktu saya baru aje selesai sholat tarawi bersama Datuk Hajah Rohani Abd Karim setiausaha Kementernian Asas Tani dan industri Malaysia merangkap Adun Batang Lupar.tidak lama dari itu, kedengaran penduduk kampung menjerit rumah terbakar pada mulanya sebuah aje..lepas itu merebak ke rumah sebelah..jarak terlalu rapat sangat dan memudahkan api marak dgn cepat,kami di Masjid merasa panik agak kelam kabut, bekalan api terputus pada masa itu, jadi program kami bergelap....saya bersama Tuan Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir pejabat Resident,penghulu Hj Samad meninggalkan majlis dengan Izin Yb masa itu.....nak tengok apa yg berlaku lebih dekat...apa bila kami hampir aje ramai yg berada di tempat kejadian..suasana agar kelam kabut sangat,saya terkenang bila rumah saya dulu menjadi mangsa yg sama dan waktu yg hampir sama.saya terus hiba dan tak tahu nak buat apa..cuma berdoa aje agar tiada yg tidak baik berlaku..api dapat di padam 30 minit dan Yb Datuk turut serta meninjau tempat kejadian tersebut dan berjanjikan memberikan bantuan melalui tabung bencana sebanyak 2 Ribu.malam tadi saya balik lewat dan memang agak letih,sebelah petang ada program agihan bubur lambuk yg di sampaikan oleh YB datuk sendiri di tapak Bazar Ramadhan sambil melawat gerai-gerai.moral cerita ini...hulurkan bantuan ringankan beban mangsa yg terlibat.....bersabar dengan apa yg berlaku sesungguhnya yg berlaku ada hikmahnya.bagi kita yg senang ini ingatlah jgn sambut raya dengan membazir dengan memperbelanjakan duit yg agak banyak..ingat yg tiada...amin...

Monday, 1 October 2007

Siapa Nak Duit Raya.....


bercerita tentang duit raya...semua pernah mengalami dan merasa duit raya....saya msih ingat zaman kecil-kecil dulu.......sehari suntuk kerumah org bersama geng beraya semata-mata nak dapatkan duit raya.....ada satu masa saya dapat RM 50.00 sehari besar tu.........tapi sekarang dah lain.....erti kata lain saya terpaksa hulur duit pula....mcm tahun-tahun yg lepas saya akan simpan duit siling atau kertas RM1.00 yg saya kumpul setiap hari....apa tidaknya nak harap duit gaji mana dapat nak beri angpow kepada anak-anak buah yg ramai tu....tahun lepas budget RM 500.00 untuk angpow aje belum masuk kasut, baju raya saya...kadang tak beli pun.tahun ini alhamdulillah dapat kumpul duit dapat juga cover .....musim perayaan ini.bagi kawan-kawan yg dah besar panjang jgn harap dapat duit raya lah..............hahahahahahah.



pada 29.08.07 - menerima undangan berbuka puasa di kg.hilir sri aman....dapat juga makan Free hari itu....lauk pauk dia semua kampung style.....memang sedap menjilit jari.......semenjak mingggu lepas asaya banyak berbuka puasa dengan org kampung......tak suda-suda jemputan..minggu ni aje dah dapat undangan yg banyak.....bawa perut aje lah nampaknya.nak tahu saya makan apa tengok...gambar di bawa ni....


apa mcm kuat tak saya makan...licin semuanya......ni lah yg seronok berbuka puasa di kampung..memang sedap---------------------sedap...........................oh yer hari saya menghakimi pertandingan keceriaan kampung peringkat bahagian sri aman, bermula di Kg hulu Sri aman, selepas itu ke Kg eli sabu sri aman dan esok ke lingga dan pada hari Khamis saya ke kg.melayu engkilili......memang jadual padat......mcm nilah kerja jadi kuli masyarakat.




Friday, 28 September 2007

Ihya Ramadhan

Semasa Majlis berbuka Puasa bersama saudara kita (mualaf ) di Punggu, Sri Aman....tetamu VIP tuan Resident Sri Aman, Tuan Pegawai Daerah, Saya Sendiri, Pegawai Jais dan beberapa ketua Jabatan yg lain turut hadir.....sebenarnya saya nak cerita sebelum saya sampai ketempat itu...dalam perjalanan kereta jabatan saya rosak tengah jalan.....alamak...tension giler....apa tidaknya waktu berbuka dan hampir..makanan tak ada...mujur ada SAO Zaidi di Pejabat Resident datang kemudian...dapatlah saya tumpang......hari ni saya kuarkan duit RM 280.00 untuk hal kereta aje....nak urus hal kewangan Pejabat Pembantu Tadbir aku tengah Kursus pula di kuching alamatnya duit aku kuar dulu.Alhamdulilah saya selamat sampai juga ketempat itu...nilah namanya cubaan.....sebelum itu pada petangnya saya ada buat penyerahan bantuan untuk ibu tunggal seramai 15 org.....disampaikan oleh Yb Hajah Simoi bte peri...





Ini lah kakitangan saya....bertungkus lumus membuat persiapan untuk penyampaian bantuan untuk persiapan hari raya.....berserta wang saku RM .........( rahsia ) memang penat kerja seharian, bulan puasa kali ini memang saya sibuk sangat berbanding dengan tahun yg sebelumnya.tapi seronok juga.......pada 27.09.07 pula saya buat program penyampaian bantuan juga di Masjid Kg.Melayu Engkilili, penerima cuma 10 org terdiri daripada ibu tunggal dan ibu yg di tinggalkan suami pun ada...kasian betul makcik tu....begini lah nasib kita yg ada kemampuan hulurkan bantuan........ringankan beban mereka.bercerita tentang hari raya....hari ni saya suruh staff saya pasangkan hiasan untuk sambut hari raya...ada yg menganyam ketupat...ada yg pasang lampu...dan juga pasang kad raya.......hehehe semangat raya juga mereka ni....tahun ni sdaya kuar duit lagi bagi mereka yg ada anak...mcm biasa tahun-tahun yg lepas ada "angpow" tahun ni nilai RM tak tahu lagi tengok budget juga........pendek ceritanya saya dapat cuti raya dari 08 okt until 22 okt.....hahahah cuti tapi pi rumah nenek....mcm biasalah,oklah kawan yg saya rindui.......nanti saya cerita lagi ok.....cukup setakat ini dulu.buat Bestfriend aku Ejay...terima kasilah "Tagged" saya dalam Web tu.....kalau u tak ajar saya buat Web ni mana saya dapat buat cerita dalam blog ini.buat Cikgu Hafsah@ stella Francis......di Sabah.....ada masa dapat jumpa nanti....rindu pula dengan cikgu.......ok lah byk cerita pula.



Ruang Menunggu Ofis aku.....dah ada suasana hari raya....


Salam Lebaran buat sahabatKu......



Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha ‘pakar’ hati orang tua

Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira........

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya............

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan...........


Bagi pihak keluarga ...saya memgucapakan selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin..buat sahabat ku......kemohon restu agar persahabatan kekal selamanya...yg jauh bertanya kabar ( SMS ) yg dekat kunjung berkunjunglah...jangan lupa saya yg jauh di mata.....salam Aidilfitri untuk semua.......balik kampung....hi balik kampung.




Wednesday, 26 September 2007

QAF6502

Siapa lah pemiliki kenderaan ini.....Jom kita kenali beliau

Nama di beri : Mohd Tahir B. Abd Rahman ( nama samaran "emak saya marah lah" ) Perkerjaan : Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman ( Kuli Masyarakat )

Tarikh Lahir Kedunia : 10 June 197* ( dah berumur dah ) Jenis kenderaan : Proton Wira 1.5 ( 2006 ) Jenis darah : AB Adik Beradik Berapa ? Anak ke 6 dari 6 org.

Makanan yg u suka apa ? Nasi kerabu ( kelantan style) @ Nasi Goreng pedas minuman : Ais Lemon Tea / Tea Tarik Mamak Makanan laut : Ketam / Udang/Ikan pari ( Sedapnya )

Perkara di benci tentang dia : kaum pembohong ( penipu/tikam belakang/pengumpat/etc perkara yg u Suka dgn dia : Jujur / bertolak ansur/sabar/romantik...hehehe: sukan : bowling/bola sepak/badminton Hobi masa Lapang : tak tetap.....( internet )

Lagu kegemaran waktu ini : Lelaki ini ( Anuar Zain )

Cinta Pertama : Di Itm ( Kini UiTM) tahun 1998...........jiwang sangat masa tu pengalaman duka : Ayah meninggal semasa umur 4 tahun / Rumah terbakar semasa saya Final Year di UiTM......Hancur lebur dan luruh jiwa tengok rumah lama...Tapi saya dah belikan rumah sementara untuk emak di kampung.....emak tak suka duduk rumah batu..

Pengalaman Manis : Berjaya dapat Kerja sebagai Pegawai KEMAS Bahagian di sarawak ni.detik bersama rakan-rakan sekelas zaman sekolah dulu.dapat mengembirakan Emak selalu....

Jangkaan masa depan : XXXXXXXXXXX ( berdoa semoga panjang umur )

Harapan : menemui sesuatu yg pasti dalam hidup ini....... cinta pada anda : terlalu luas pengertianya......biar saya terus mencari makna cinta......

nak tahu lebih dari itu.......tanya saya sendiri ok........


Tuesday, 25 September 2007

Kerja...oiiii bila nak rest ni

Bukan nak berlagak tunjuk kerja banyak.....cuma tension dgn kerja hari ni..
tapi inilah hakikat jadi kuli ........kerajaan
Cerita hari ni adalah............
25.09.07 - pagi ni saya ada mesyuarat di pejabat resident Sri Aman,tepat pukul 9.00 pagi semua dah sampai......hari ni tujuan mesyuarat untuk mengerakan jawatankuasa pertindak bencana alam......maklumlah musim sekarang tak menentu..mcm manusia juga..sekejab beriman dan sekejab jadi syaitan....tengoklah kes bunuh......kanak-kanak....tak berhati perut langsung.opsss topik dah lari ni.....tahun ni Jabatan aku ditugaskan bersama jabatan Kebajikan masyarakat untuk membantu bila berlaku bencana banjir...sediakan makanan.boring juga dengar......ZZZZZZZ mcm nak tido aje hari ni.......selesai metting pukul 11.30 tengahari....lepas tu balik pejabat......nak makan ker ????? ni bulan puasa........hahahahah tido lah apa lagi.petang pulang saya kena hadir mesyuarat Anugerah Desa Cemerlang....biasalah jadi hakim kena dengar taklimat ketua hakim pertandingan......sakit betul hari ni//////penuh dengan jadual mesyuarat aje.....penghakiman bermula 1 okt dan berakhir 05 oktober.....nasib baik buat awal.....sebab nak balik raya.......saya cuti 08 okt ni....tiket dah tempah guna warrant udara 2 tahun sekali...hehehe dapat balik guna belon...tahun lepas bawa kereta dari sri aman - ke sandakan, sabah.sakitnya hari ni.....nak sms kawan pun tak larat.....terima misscall ada lah...malas nak jawap.ok lah nak cerita banyak nanti tak ada bahan pula....esok----sok cerita lain pula.

Monday, 24 September 2007

Mesyuarat JKPA dan JKPAK KEMAS

Bersua kembali....dgn cerita yg agak lain dari sebelum ini.pada 20.09.07 sehingga 21.09.07 saya telah menghadiri mesyuarat di Bangunan Sultan Iskandar Simpang 3 kuching.perjalanan bermula pada 1.00 petang dengan menaiki kenderaan QAF6502 miliki saya.dalam perjalan cuaca agak baik cuma saya yg tidak sihat pada masa itu........pening dan gastrik pula.kebetulan ada rakan2 turut simpati dgn nasib saya pada pagi tu...bagi semua rakan2 saya ucapakan terima kasih dgn u all kerana ambil berat juga dgn saya.menginap di hotel Liwah bernombor 230 bersama seorang rakan sejawat saya dari sarikei ( org terengganu ) dan yg lain lain bilik lah.petang tu kami berbuka puasa di satok aje ramai....seronok juga dapat jumpa kawan2 sejawat ni.aktiviti malam tak ada nak rehat dan mengemaskini maklumat untuk mesyuarat esok hari.pada 21.09.07 mesyuarat di mula tepat pukul 8.30 pagi dengan di pengerusikan oleh pengarah KEMAS negeri Sarawak....biasalah ucapan aluan beliau..bnyk juga maklumat yg saya dapat dan ada yang baru juga....semangat baru.pengarah telah memilih Pejabat KEMAS Sri Aman calon bagi pertandingan hari kualiti tahun hadapan mewakili KEMAS Negeri Sarawak ke peringkat Negeri.....harap dapat lah. mesyuarat tamat pukul 6.30 petang dan terus berbuka puasa bersama di pejabat juga.ke esokan harinya mcm biasa ada taklimat audit dan Mesyuarat Jawatankuasa aset dan laporan Kewangan.saya bersama rakan sholat jumaat di masjid jamek kuching dgn menaiki kenderaan Perdana miliki kawan...saya tumpang sekaki....kereta saya awek-awek yg tak puasa nak pi makan ( Non Muslim ).selesai mesyuarat petang pula Ketua Menteri Sarawak jemput ke kerumah dia ada program kat sana sholat tarawih.......tak sangka dapat juga ke rumah CM ni.esok pagi nya bersiap nak check out....tapi saya lambat nak tunggu kawan reply sms saya.....nak jumpa kawan baru namanya ejay.....budak betong...tapi tak dapat ada masalah teknikal kot....hehehe.saya balik ke sri aman pukul 1.00 petang nak pecut 120 Km sejam ke sri aman sebab pada pukul 4.00 petang ada program rasmi saya di sana.....penat betul....ini lah namanya kerja.





Juadah Buka Puasa di Pejabat selepas Mesyuarat.....ada Extra Food juga...



Juadah berbuka puasa kari ke 2.....di satok....bersama2 dgn geng lah...lapar sgt


Pose dulu........hahah handsome ker......buat promosinya.....ni baju raya saya dan pakai awal.




Wednesday, 19 September 2007

Demam.....di bulan Ramadhan

Hari ni...saya menulis bukan kerana simpati org....tapi saya dan 2 hari di serang demam dan gastrik yg amat teruk........tapi saya teruskan juga niat puasa saya walaupun sakit.ini adalah dugaan di bulan puasa ni...semalam saya tak dapat tido semalaman...kerana menahan sakit...mcm2 ubat saya telan sudah.....tapi masih sakit juga, juadah berbuka puasa semalam saya minta staff saya belikan makanan...tapi tak abis juga tak ada selera makan.waktu sahur pun tak sempat nak sediakan apa-apa cuma makan roti dan minum ubat untuk bekalan esok hari.pagi ni saya lewat datang opis.....tak larat nak bangun.tepat pukul 9.30 pagi saya mandi dan kemas pakaian nak kuching pula petang ni.esok ada meting di bangunan sultan iskandar tingkat 6, ini lah bab saya tak juga metting lama sangat.petang ini saya drive sendiri kereta ke kuching....mujurlah kawan2 dan sampai di penginapan yg di tanggung sendiri...petang nak berbuka puasa dgn kawan yang dah lama tak jumpa..masing sibuk dengan tugasan di daerah masing-masing.setakat ini aje hari ni...esok-esok sambung lagi.....selamat beramal....

Monday, 17 September 2007

Warna-Warni Ramadhan

Suasana utama bazar ramadhan bersebelahan dengan sungai batang lupar....
pengunjung akan di sajikan dgn kejadian alam semulajadi iaitu "Benak" or tidal bore
setiap hari aje kejadian unik berlaku....sila berkunjung ke Sri Aman...


Juadah berbuka puasa hari ke 4 Ramadhan
tak abis makan pun........nafsu aje besar




Wajah-wajah peniaga dgn pakaian yg serasi.....nak menang
pertandingan gerai terbersi tahun ni......ada peluang ni...


suasana bazar ramadhan Sri Aman yg lebih kurang hebatnya di tempat lain..
pengunjung di sajikan dgn lagu-lagu hiburan
serta pelbagai pertandingan dan hadiah daripada penganjur

Lihat....lah mcm mana nak habiskan semua ni.......
tak larat nak tengok mcm-mcm ada ...pening nak pilih


ni salah satu gerai member i..dia jual ayam percik,ikan terubuk bakar
dan hasil jualan mengalakan stok habis setiap hari....
kalau singgah ke sri aman jgn lupa beli ayam percik









































Saturday, 15 September 2007

Kau atau aku

Kau Atau Aku

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua
Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan
Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku kepadamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali Masih menanti siapa mula dulu
Tawa-tawaku
Memulanya dulu
Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering
Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucapan yang ku cinta kepadamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali Masih menanti siapa mulakan dulu
Kita
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Kau atau aku
Memulakan dulu
Kau atau aku
Memulakan dulu

Friday, 14 September 2007

Majlis Perasmian Bazar

Lawatan ke Gerai......dan penyerahan Apron


Majlis Penyerahan Cenderhati kepada YB
daripada Tuan Resident Sri Aman