Friday, 9 November 2007

Hari Raya Di Kampung.

Ketika dapat duit Raya.........................

Syukur Alhamdulilah kepada Yg Maha Esa.....denganya dapat kita merayakan Aidilfitri yang penuh maknya.tiada kata yang paling indah di lafazkan melainkan "Alhamdulilah".Hari pertama saya memang orang yang menjadi tumpuan keluarga.....perkara pertama mereka tanya dah ada calon Bini kah.......jiwa memang berkocak....tak tahu nak cakap apa.Setiap tahun benda yang sama akan di tanya....kadang2 sakit juga nak tanggung.Walau Bagaimanapun saya juga mereka nanti nak dapat Duit Raya.....biasalah duit untuk anak-anak buah saya yang makin ramai tu...tahun ni saya dapat beri seperti nilai tahun lepas juga.....mereka memang gembira seronok saya tengok gelagat anak-anak buah saya ni.Bagi Saya hari raya ni bukan untuk saya lagi tetapi untuk kanak-kanak.dapat mengembirkan mereka walaupun saya memang saya berdukacita.
hari pertama biasanya untuk keluarga aje yang datang....kami ni adalah perantau keluarga semua jauh...cuma yang ada makcik aje dan makcik saudarayang terdekat aje.


Hari Raya Kedua... Saya dan geng buat Giliran untuk raya pula....apa tidaknya dah ada jemputan dari kawan......mcm-mcm ugut diterima lah..kadang-kadang lucu juga kalau tidak pergi nanti merajuk pula dan terlepas pula makanan yang enak-enak.sebenarnya pada raya Ke2 ini saya sibuk juga tolong uruskan perkhawinan anak Ketua Menteri Sabah....banyak jemputan kenamaan akan datang termasuk TYT/Pak Lah/Datuk Najib/Menteri Pusat dan Menteri Sabah..so sandakan memang meriah kerana majlis perkhawinan anak Ketua menteri.saya bertugas bahagian sambutan tolong kawan aje........sambil-sambil itu nak melobi jadi calon Ketua Pemuda UMNO..hehehe itu pun kalau dapat.hari ini 3 rumah saya pergi tak larat..nak bawah makanan yang banyak sangat..yang lucu semasa di rumah sakit perut pula.

hari Ke3

Pukul 6.00 Pagi sudah bertolak ke kampung nak ziarah Kubur Ayah........sebenarnya kubur ayah jauh dari tempat tinggal sekarang...nak kesana kena guna bot untuk kesana...tempat itu adalah tempat kelahiran saya..oleh kerana nak berubahan hidup saya dan keluarga berhijrah ke bandar Sandakan..masa itu kaya dengan kayu balak....jadi kakak dan abang saya kerja di kilang..ok juga gaji masa itu lumayan.sampai aje di kampung pada pukul 12.00 tengahari mengunakan jalan baru ke kampung saya di daerah Pitas.saya gembira dapat jumpa nenek saya..walaupun uzur tetapi daia memang amat sayangkan saya..dia lah yg jaga saya dulu..makan minum kesekolah masa itu umur saya 7 tahun.kebetulan pada masa ada majlis kawin saudara saya..meria juga kampung......sampai ke pagi majlis...tetapi saya sibuk berkunjung kerumah saudara mara kat sana...kalau sehari tak cukup....kami tak lama kat kampung cuma 2 hari aje....sebab ada yang nak sambung kerja pula di sandakan.so kami pendekan masa tetapi seronok beraya di kampung asal.
Gambar ketika nak ke kubur ayah.....ada jambatan gantung.....memang cantik kampung saya ni

Hari raya seterusnya.....

saya menghadiri majlis bertunang rakan saya...meria juga suasana....kawan saya dah 4 kali gagal bercinta akhirnya bertemu juga buah hati yang cukup manis dan bersopan santu.kalau saya pula bila lagi ni......hehehe telan air liur aje.....keluarga aje nak suruh cepat aje.......tetapi sebenarnya .......................... malas nak komen.biarlah Rahsia.


Majlis pertunangan kawan rapat saya Si Fauzie .



Selepas itu saya pergi ke rumah bekas Classmate saya si Haslina atau dengan nama Manjanya saya panggil "Nang",dia terkejut dengan saya bukan kata saya handsome...tetapi dah berisi dulu memang kacak..antar jejak pilihan ramai semasa belajar di universiti dulu...ramai yang cair juga dengan saya...hehehe itu kisah dulu..sekarang duduk sarawak ni dah berubah kehidupan sosialnya.saya tak lama di rumah Si Nang nak bergegas ke rumah kawan lain....sebab esoknya nak balik kuching ada kursus pula.....selamat tinggal kenangan hari Raya tahun..banyak yang tersirat berlaku.....hidup ni kadang-kadang kita lupa ia hanya pinjaman....tiada orang tidak pernah melakukan DOSA....hanya kita mampu mohon ke ampunan dari yang maha Esa.Amin







No comments: