SRI AMAN: Sarawak Democratic Action Party (DAP) akan membuka cawangan parti berkenaan di Sri Aman tidak lama lagi, demikian kata Setiausaha Parti DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen.
Menurutnya, ahli Jawatankuasa Protem DAP Cawangan Sri Aman telahpun ditubuhkan baru-baru ini dan pihak kita akan mengadakan mesyuarat pertama bagi ahli Jawatankuasa Parti ini dalam masa terdekat ini.
" Setakat ini pihak kita masih belum menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat berkenaan dan pihak kita telahpun melantik anak kepada bekas Ahli Parlimen Sri Aman, Jimmy Donald iaitu Leon Jimat Donald sebagai Pengerusi Protem DAP Cawangan Sri Aman," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dan mengadakan lawatan ke kedai-kedai runcit di Sri Aman bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2009 dekat sini pagi tadi.
Katanya, antara lain tujuan utama lawatan serta rombongannya ke bandar Sri Aman ini adalah untuk bertemu dengan rakyat Sri Aman sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Tiong Hua yang bakal merayakan perayaan berkenaan minggu depan.
" Sebenarnya lawatan kita ke Sri Aman ini bukan sahaja untuk bertemu dengan kaum-kaum tiong hua yang bakal merayakan tahun baru cina malah kita ingin memperkenalkan Parti ini kepada rakyat di Sri Aman.
" Apa yang telah kita lihat, hasil daripada tinjauan kita disekitar pasar Sri Aman mendapati bahawa sambutan penduduk disini terhadap DAP cukup baik dan rata-rata inginkan sesuatu pembaharuan," jelasnya.
Bukan setakat itu sahaja katanya, rata-rata penduduk yang kita temui hasil daripada perjumpaan dari kedai-kedai mendapati mereka semua meluahkan segala permasalahan yang mereka hadapi.
" Oleh itu, pihak kami rasa, satu mesyuarat berkenaan penubuhan cawangan Parti ini akan kita adakan secepat yang mungkin di Sri Aman dan pihak kita belum dapat pastikan bila tarikh mesyuarat tersebut dapat diadakan," ujarnya lanjut.
Ketika ditanya berkenaan dengan persiapan parti berkenaan menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang, Chong memberitahu, jentera Parti DAP sudahpun mula bersiap sedia dan bergerak ke seluruh negeri termasuklah ke Sri Aman.
" Pilihan raya bukan suatu perkara yang main-main, kita perlukan persiapan yang cukup rapi dan persiapan lebih awal dan apa yang dapat kita lihat Parti DAP sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Sarawak.
" Pada pilihan raya negeri yang akan datang kita akan bekerja dengan lebih keras untuk memenangi kerusi-kerusi yang bakal dipertandingankan oleh Parti DAP serta parti pembangkang yang lain," tegasnya lanjut.
Dalam pada itu katanya, pihaknya juga telahpun mengenal pasti calon yang berpotensi untuk bertanding menggunakan tiket DAP pada pilihan raya negeri akan datang bagi kerusi Simanggang ini," jelasnya lagi.
Hadir sama pada sidang media berkenaan, ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta ahli-ahli Parti DAP yang lain.
Tamat...

No comments:
Post a Comment